Kasihku,
Aku tidak pernah melupakanmu,
Panas dan hujan kita tempuhi,
Demi cinta yang terbina,
Dari riak wajahmu aku tahu,
Kau amat menyayangi aku..
Sayang,
Dengarkanlah rintihan jiwa ini,
Yang pernah melukai sanubarimu,
Akanku buktikan padamu,
Yang aku bahgia denganmu..
Kasih,
Sedetik sahaja lagi,
Akan terbukti cinta kita,
Sanggup aku menggalas keperitan,
Demi menjaga hatimu..
Manjaku,
Aku takkan melupakan dirimu,
Aku akan menjaga dirimu,
Walaupun hari berganti hari,
Kau tetap menjadi permata di hatiku..

No comments:
Post a Comment