Friday, 6 January 2012

-Aku Yang Kerinduan-





Cuba ku tafsir erti mimpiku itu,
Kulihat kau berduka,
Dan hatiku bertambah sayu,

Bila kau datang kepada ku,
Kau belai manja daku..




Tapi sayang,
Hanya sementara,
Tapi kini...


Kau tiada menemani

Mimpi-mimpiku
Menjelmalah wahai kasihku,
Kala ini...
Aku amat merinduimu...




Kasih,
Mengertilah hati ini,
Hanya engkau aku iginkan,
Hanya engkau aku impikan..




Hujan di hari-hariku,
Seakan mengerti,
Dialah peneman hatiku,

Dikala kesepian,
Dikala aku kerinduan..


Hujan turut menyedari kepiluan,

Kepiluan pada kerinduan,
Angin membelai manjaku,
Bersama kelembutan kasihku,
Ia menyapu air mata dipipiku,
Kerana ia tahu aku kerinduan..




Aku amat merindumu,
Merindui kau kesayanganku,
Yang kini jauh dariku..

No comments:

Post a Comment